BLOG SEDANG DIKEMASKINI
kunjungi blog ini dalam masa terdekat untuk nantikan pengumuman alamat url laman web baru kami. pelbagai tawaran harga pakej baru dan design baru dijanjikan...
terima kasih
sebarang pertanyaan mengenai design terbaru kami, sila hubungi :
suradiah 012 7740553 atau email kepada suradsurat@yahoo.com
Layout Kad Kahwin
Kami menyediakan pelbagai pilihan kad bertema moden kontemporari, pelbagai pilihan saiz dan jenis kad bersesuaian dengan bajet anda.
Semua design di dalam katalog kami boleh diubah mengikut layout pilihan anda dan warna tema majlis.
We believe a perfect wedding begins with a perfect invitation ..
Sila klik pada jpeg image di atas dan cetak dalam saiz A4 untuk keterangan layout / jenis kad serta harga yang kami tawarkan. Katalog di dalam Bahasa Inggeris. Email kami untuk versi Bahasa Melayu. Secara ringkas, kami menawarkan 6 layout iaitu:
L1 Kad 9.5cm x 20 cm
Sekeping kad 260gsm, berwarna
Hadapan: Pilihan design dari katalog kami, mengikut warna tema majlis anda dan disesuaikan dengan tulisan undangan.
Belakang: Peta lokasi majlis
L2 Kad 2 Lipatan 9.5cm x 20cm
Kad 260gsm, 2 lipatan, berwarna
Hadapan: Pilihan design dari katalog kami, mengikut warna tema majlis anda dan butiran penting undangan iaitu singkatan nama pengantin dan tarikh majlis.
Dalam: Doa dan tulisan undangan
Belakang: Peta lokasi majlis
L3 Kad 3 Lipatan 9.5cm x 20cm (besar) atau Kad 3 Lipatan 15cm x 10cm (kecil)
Kad sesuai untuk berkongsi sepasang pengantin dalam satu warna tema.
Kad 260gsm, 3 lipatan, pilihan saiz kecil atau besar
L4 Kad Envelope & Inlay
Jenis kad terkini dengan satu sarung kad menggantikan envelop biasa dan sekeping kad undangan (seperti kad L1).
Sesuai juga untuk pasangan yang ingin berkongsi jemputan dengan menyelitkan kad undangan 2 belah pihak dalam satu sarung.
L5 Kad Ekonomi 15cm x 10cm
Kad bersaiz kecil, 2 lipatan
Hadapan: Pilihan design dari katalog kami, mengikut warna tema majlis anda dan butiran penting undangan iaitu singkatan nama pengantin dan tarikh majlis.
Dalam: Doa dan tulisan undangan
Belakang: Peta lokasi majlis
dan terkini:
L6 Kad Seal n Send 15cm x 13cm
Kad dua lipatan dengan satu lipatan kecil untuk anda gam... tampal setem .. dan pos.
Tidak memerlukan sampul surat dan anda jimat..
Hadapan: Pilihan design dari katalog kami, mengikut warna tema majlis anda dan butiran penting undangan iaitu singkatan nama pengantin dan tarikh majlis.
Dalam (atas) : Tulisan undangan
Dalam (bawah) : Peta lokasi majlis
Belakang: Doa
Timeline Tempahan
Tempahan anda dijanji siap dalam masa maksimum 2 minggu dari tarikh anda menyerahkan lakaran peta lokasi majlis kepada kami. Bukan dari tarikh anda membuat tempahan. Dalam penyediaan softcopy untuk satu-satu kad kahwin , penyediaan peta lokasi adalah perkara yang paling rumit kerana ia mungkin melibatkan beberapa peringkat pembetulan. Kami juga berpegang kepada prinsip "to serve high quality product". Jadi tempahan yang lewat kebiasaannya tidak kami terima kerana ia berisiko pada kualiti produk. Proses Tempahan Kad Kahwin
Hantar emel kepada suradsurat@yahoo.com , dan kami akan membalas dengan Borang Tempahan Kad Kahwin dalam format word.
Isi borang tempahan dan anda dinasihatkan untuk menyemak semula borang tempahan bagi mengelakkan sebarang kesilapan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab diatas sebarang kesilapan maklumat setelah kad siap dicetak.
Sila “SAVE” borang tersebut dan emailkan semula kepada suradsurat@yahoo.com.
Atau anda juga boleh hubungi kami untuk temujanji.
Setelah borang dihantar pihak kami akan menghubungi anda. Sekiranya dalam tempoh 24 jam anda masih belum menerima sebarang panggilan sila hubungi kami di talian
012-7740553 (Suradiah) atau 019-7534561 (Shukri)
Langkah 2
Sila emailkan peta yg telah dilakar dan scan dalam format jpeg/bmp ke suradsurat@yahoo.com atau attachkan sekali bersama file word ini, atau aturkan satu temujanji untuk serahkan kepada kami.
Langkah 3
Kami akan menyediakan sample kad untuk persetujuan anda sebelum pembayaran deposit dan cetakan sepenuhnya dibuat.
Caj pertama dikenakan adalah caj artwork untuk penyediaan sample & lakaran peta iaitu:
RM 30 = Setiap tempahan 1 pihak / 1 peta dalam 1 kad
RM 50 = Untuk tempahan 2 pihak / 2 peta dalam 1 kad (kad kongsi)
Kami akan memberikan salinan Invois kepada anda. Sebarang pertanyaan hendaklah merujuk kepada nama pasangan dan nombor invois anda.
Langkah 4
Dalam jangkamasa seminggu, temujanji kedua akan diatur atau semakan online akan dijalankan untuk menyemak butiran undangan pada sample kad.
Langkah 5
Jika anda setuju dengan sample yang kami sediakan, caj kedua iaitu deposit minimum 50% daripada jumlah harga tempahan diperlukan untuk pengesahan tempahan.
Sebarang pembayaran perlu dibuat secara tunai atau bank-in ke akaun yang akan diberitahu.
*PERHATIAN : Untuk pembanyaran online/ bank in, salinan slip pembayaran hendaklah diemailkan atau poskan kepada kami sebagai bukti pembayaran. (Sila letak nama pasangan dan tarikh perkahwinan untuk rujukan kami). Tempahan anda akan diproses setelah pembayaran deposit dibuat. Deposit tidak akan dipulangkan setelah tempahan diproses dan atas budi bicara kami.
Langkah 6
Kad akan dihantar untuk cetakan sepenuhnya dan anda akan dihubungi untuk mengambil kad / penghantaran kad dalam jangkamasa seminggu. Caj ketiga iaitu bayaran baki 50% dari jumlah harga tempahan mesti dilakukan semasa anda mengambil kad anda / sebelum kad anda dipos.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi
sur@rt design
No.8 Jalan Denai 1
Kempas Baru
81200 Johor Bahru
Johor Darul Ta’zim.
t: 012 774 0553 (Suradiah) / 019 753 4561 (Shukri)
e: suradsurat@yahoo.com
* sur@rt design, logo sampul surat & senireka grafik kontemporari adalah tanda perdagangan dan produk shukdesignx solutions (JM0478035-H)